24/7 Talian Bantuan +6010-404 6615

Soalan Lazim

Berikut adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanya berkaitan sewaan kereta di Pulau Langkawi

Adakah saya boleh bayar menggunakan kad kredit?

MAAF. Kami tidak menyediakan perkhidmatan pembayaran melalui kad kredit. Hanya pembayaran secara ā€˜Online Bankingā€™ atau Tunai sahaja diterima pakai

Bolehkah saya menyewa kereta lebih dari tempoh yang telah ditetapkan?

Jika anda menyewa kereta sehari basis harian, caj harian akan dikenakan seperti biasa. Sebagai contoh, jika anda menyewa selama 2 hari, dan terlebih 4 jam, caj tambahan 4 jam akan dikenakan mengikut jenis kenderaan. Sila berhubung dengan agen jualan kami mengenai kadar caj.

Berepakah Deposit yang perlu dibayar semasa tempahan?

Deposit yang perlu dibayar semasa tempahan adalah sebanyak RM50 (bergantung kepada jenis kenderaan dan tempoh sewaan) . Sila berhubung dengan agen jualan kami mengenai kadar ini. Kadar deposit ini mungkin berubah dari masa ke masa.

Adakah kenderaan yang disewa dilindungi insuran?

Setiap kenderaan yang disewa dilindungi dengan Insuran Kenderaan Standard.

Apakah Dokumen yang diperlukan semasa mengambil kereta?

Bagi rakyat Malaysia, dokumen yang diperlukan hanyalah Kad Pengenalan dan Lesen memandu, manakala bagi rakyat luar negara, dokumen yang diperlukan adalah lesen memandu antarabangsa dan passport.

Bolehkan saya menyewa kereta dan memulangkan kembali di tempat yang berbeza?

BOLEH! Anda boleh mula menyewa dan memulangkan kembali kereta di tempat berbeza. Bagaimanapun, sila maklumkan dahulu kepada agen jualan kami.

Ā© 2019-2020 Crafted with ā™„ļø by Extratera Solutions

Mulakan Chat
Hi Boss.
Boleh kami bantu anda?